AGNES WONG WEI
amyyagnes@blogspot.com
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KM 10, JALAN PADANG TENGKU
27200 KUALA LIPIS, PAHANG.
3.5 Sumber Primer dan Sumber Sekunder
amyyagnes@blogspot.com
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KM 10, JALAN PADANG TENGKU
27200 KUALA LIPIS, PAHANG.
3.5 Sumber Primer dan Sumber Sekunder
Abstrak
Sumber merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan pembelajaranseseorang pelajar. Sumber terbahagi 2 iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas kepada sumber sekunder dan contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding. Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari. Bahan rujukan menyediakan maklumat-maklumat asas yang tulen atau boleh dipercayai mengenai beberapa perkara. Ianya memberi penerangan ringkas dan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu idea. Ada juga mengandungi maklumat tentang sumber-sumber rujukan seperti buku, majalah, serial,dokumen, akhbar dan bahan pandang dengar.Bahan rujukan umum seerti kamus, ensiklopedia, kamus biografi, almanak dan lain-lain.
Perpustakaan berperanan untuk membantu pelajar, guru dan pensyarah dengan menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar mereka tidak mengharapkan kepada buku teks ataupun kaedah tradisional sahaja untuk menimba ilmu pengetahuan. Perpustakaan mempunyai pelbagai jenis sumber informasi seperti mobograf, lukisan, peta, rekaman suara, gambar bergerak dan lain-lain. Secara umunya, sumber informasi yang terdapat dalam perpustakaan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu sumber primer dan sumber sekunder.
Pertama, sumber primer atau dikenali sebagai sumber pertama. Menurut Wikipedia, Sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa. Selain itu, sumber primer juga merujuk kepada penemuan baru, penyelidikan asli, dan juga maklumat asal.
Terdapat dua jenis sumber primer iaitu sumber yang telah diterbitkan dan sumber yang tidak diterbitkan. Contoh sumber yang telah diterbitkan ialah jurnal, laporan penyelidikan, penerbitan kerajaan, paten, piawaian dan prosiding. Selain itu, contoh sumber primer yang tidak diterbitkan ialah kertas kerja iaitu seminar, konvesyen, persidangan dan lain-lain. Contoh lain ialah fail syarikat, surat-menyurat, diari, lukisan dan rakaman audio dan video.
Sumber kedua atau sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. Sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog. Secara garis besar, sumber sekunder dapat dipahami sebagai sumber informasi yang menyajikan penafsiran, analisis, penjelasan, ulasan dari pengarang terhadap topik tertentu. Seringkali, sumber sekunder ditulis atau direkam bertahun-tahun setelah suatu peristiwa bersejarah terjadi.
Sumber sekunder juga merujuk kepada bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umun. Bahan-bahan berkenaan telah disusun dan diterbitkan semula dalam bentuk berlainan berdasarkan maklumat-maklumat dan dokumen yang diperoleh daripada sumber primer. Contoh sumber sekunder ialah buku teks, buku panduan, jadual, ulasan, terbitan berkala perkhidmatan indeks dan abstrak.
Kesimpulannya, maklumat daripada pelbagai sumber seperti media elektronik, cetak dan sebagainya dapat membantu seseorang menambah lagi pengetahuan. Suatu sumber primer dapat menjadi sumber sekunder, dan begitu sebaliknya, tergantung bagaimana seseorang menggunakannya. Oleh itu, masyarakat tidak boleh bergantung pada satu sember sahaja semasa membuat sesuatu tugasan kerana maklumat yang diperolehi perlulah tepat dan disokong ramai serta perlu mendapatkan kesahihan tentang sesuatu maklumat.
Comments
Post a Comment